-->

Coretan Perindu

Saturday, March 28, 2015

Niqabkan Jiwa Sebelum Niqabkan Muka

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Ramai insan hari ini yang berhijrah dengan memakai niqab.Alhamdulillah.Syukur kepada Allah,ramai yang cuba menyuburkan sunnah dalam kehidupan.Tapi sedar tak bahawa sebenarnya banyak permasalahan yang melibatkan ataupun berkaitan degan niqabis sekarang ni.

1) Berniqab,tapi solat tunggang-langgang
Nauzubillah.Tapi tak dinafikan perkara ini wujud dalam masyarakat kita hari ini.Malah baru-baru ini ada pengakuan daripada seorang niqabis kepada ana bahawa dia berniqab tapi dia sendiri tak mampu nak jaga solat lima waktu.Mengapa kita nak kejar yang sunat tapi yang wajib kucar-kacir?Solat itu tiang agama,andai tiada tiang masakan bisa membina rumah yang kukuh.Ibaratnya kita sibuk nak cari cat untuk cat rumah tapi tiang belum bina.Habis kita nak cat apa?Sedangkan rumah tanpa cat pun masih boleh didiami.

2) Berniqab,tapi ditentang ibu-bapa
Anak-anak ialah anugerah dan hadiah daripada Allah buat setiap pasangan ibu bapa di dunia ini.Kegembiraan dan nikmat yang paling besar dirasai setiap ibu bapa adalah apabila anak-anak taat kepada ibu bapa.Kita sebagai anak terutama "banat" ni perlu ikut apa sahaja yang diarah ibu bapa selagimana tidak bertentangan dengan tetapan syariat.Kalau hanya tidak membenarkan kita berniqab bukan bermakna mereka menolak tuntutan sunat dalam Islam cuma semestinya mereka ada sebab musabab mereka sendiri yang tak mampu nak dikongsi dengan kita.Ingat,meletakkan satu kain di wajah untuk menutupinya itu sunat tapi taati ibu bapa ialah wajib.Kita perlu tahu letakkan prioriti.Jangan hanya kerana nak kejar pahala sunat,kita berdosa kerana menentang permintaan dan arahan ibu bapa.Ingat,jangan sampai ibu bapa tak redha.Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.

3) Berniqab,tapi akhlak tidak gambarkan Islam
Penyakit yang menghantui masyarakat kini umumnya dan niqabis tidwk terkecuali ialah masalah COUPLE.Bukan perkara mustahil hendak ana katakan apabila ada niqabis yang tanpa segan silu memuatnaikkan gambar keluar "dating" bersama kekasihnya.Inikah akhlak Islam yang hendak digambarkan?Dilihat bagai cuba mempermainkan Islam.Inikah yang kita mahu tunjuk kepada umat bukan Islam?Dan kepada orang Islam yang baru berhijrah?Ana tak menghina niqabis terbabit cuma ana sendiri tak mampu nak katakan ana bersetuju dan membenarkan apa yang dilakukan.

4) Berniqab,tapi pakaian tidak menutup aurat dengan sempurna
Ada yang berniqab tapi tak memakai sarung kaki atau stokin atau kasut yang bertutup yang mampu melindungi kaki.Kaki itu wajib ditutup sebab itu memang tuntutan dalam konsep menutup aurat.Sedangkan niqab?Hanya secebis kain yang menjadi isu khilaf dalam kalangan ulama'.Ada yang berniqab tetapi memakai baju yang mampu menonjolkan bentuk badan.Adakah itu etika pemakaian yang digariskan Islam?

5) Berniqab,tapi tanpa niat yang betul
Orang yang melihat tak layak nak membaca niat kita,tapi Allah tahu.Tidakkah hanya perkara sia-sia apabila kita melakukan sesuatu perkara yang sepatutnya mendapat pahala ibadah tapi kita tidak dapat apa-apa kerana niat yang salah.Kita perlu mentajdid niat kita berniqab setiap kali mahu keluar dari rumah hanya semata-mata kerana Allag.Jauhkan hati dari niat berniqab kerana:
 nak tunjuk kepada para muslimin bahawa kita wanita solehah yang paling layak untuk dijadikan calon isteri
nak tunjuk bahawa kita lebih baik daripada orang lain
nak tunjuk bahawa kita ni cantik sebab tu kita berniqab
Sebagai kholasoh,berniqablah andai engkau memang bersedia.Peliharalah dirimu daripada secebis kain yang indah itu menjadi fitnah buatmu dan niqabis lain.Belajarlah untuk menetapkan prioriti.Pertamakan yang pertama dan kemudiankan yang kemudian.
Ustaz Pahrol Mohd Juoi mengatakan bahawa tudung wanita itu terbahagi kepada empat.
 Tudung pada wajah yang tidak mengundang fitnah dan kecantikannya hanya khusus buat suami bukan buat lelaki ajnabi atau bukan mahram.
 Tudung pada mata yang tidak memandang lelaki lain selain mahramnya kerana solehah yang hakiki itu tidak dipandang dan tidak memandang.
 Tudung pada suara yang tidak dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona.
 Tudung pada hati yang tulus mengingati Allah dengan sentiasa berzikir.
Jagalah keempat-empat tudung ini.Andai tak mampu,buatlah perlahan-lahan.Usahakan dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah.Selarikan pemakaianmu dan akhlakmu.Akhlak yang cantik tidak dipandnag oleh berapa meter tudungmu tapi andai kau memakai tudung labuh apatah lagi berniqab,jaga akhlakmu agar tak mendatangkan fitnah kepadamu.Ingatlah kepada yang mahu berniqab,berniqablah.Ramai yang akan menyokongmu.Ramai yang akan di belakangmu.Kepada yang sudah berniqab,mabruk alaikunna tapi peliharalah dirimu.
 Tidak semestinya berniqab lebih baik daripada yang memakai pashmina.
 Tidak semestinya yang bertudung labuh lebih baik daripada tudung melilit.
Tidak semestinya yang memakai tudung melilit lebih baik daripada yang berniqab.
Tidak semestinya mereka yang memakai pashmina lebih baik daripada yang bertudung labuh. Kerana? Kerana tinggalkanlah itu semua kepada rahsia penilaian Allah.

Hapuskan prasangka,sebarkan dakwah.
Wallahua'lam.
Posted by Unknown at 3:48:00 PM
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, March 12, 2015

Kalau ingin,belajarlah


Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.

Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.

Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.

Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.

Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.

Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.

Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.

Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.

Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu
mengubah diri kita.

Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan.

InsyaAllah Dia akan permudahkan.

Posted by Unknown at 12:59:00 PM
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, January 2, 2015

Cerpen:Sepasang mata itu.. PART 1


Kring!Kring!Kring! Deringan loceng rehat bergema. Pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima berlari-lari menuju ke kantin demi mengisi kekosongan perut yang sudah memainkan rentak rock. Rehat yang berdurasi 20 minit itu perlu dimanfaatkan para pelajar agar tidak terbuang sia-sia. Bagi Haura dan sahabat baiknya,Hijrah,waktu rehat akan diisi dengan menikmati santapan rohani. Mereka berdua akan ke masjid sekolah untuk mendirikan solat sunat Dhuha. Jika bendera merah,mereka akan membaca Al-Ma’thurat dan mengadakan halaqah.berkongsi ilmu agama.
Pada hari itu,mereka agak terkejar-kejar memandangkan selepas ini waktu subjek yang paling digeruni oleh mereka iaitu subjek Kimia. Digeruni bukan kerana susahnya subjek itu tetapi kerana gurunya yang macam harimau garangnya. Pantang pelajar lewat 5 minit,dia akan halau dari kelasnya. Ya,itulah Cikgu Salleh.
Semasa Haura dan Hijrah berlari-lari anak,mereka tersalah pilih jalan apabila mereka tersalah berjalan di jalan khusus buat muslimin. Tiba-tiba Haura terlanggar satu susuk tubuh yang tegap. Hati Haura berdegup kencang. Lututnya terasa longgar. Bagai tercabut segala ‘skru’ di lututnya. Pipinya mulai bertukar merah kerana teramat malu. Dia tidak tahu tubuh gerangan siapa yang dia langgar tapi satu hal yang pasti orang itu dalam kalangan MUSLIMIN!!
“Aasif jiddan,ya akhi..Ana..Ana..nakk..ce..pat..,” suara Haura terketar-ketar lantaran terlalu takut.
“La ba’sa ya ukhti. Aasif aidhon. Ana pun cuai tadi,” jawab si teruna.
Haura dapat menangkap suara yang amat dicam itu. Akhi Syazwan! ‘Amir’ kat sekolahnya. Senang cerita,ketua pelajar. Ataupun pelajar lain suka gelar ‘Amir Syazwan’,di mana Amir itu merujuk kepada ketua. Haura hanya menunduk dan menguis-nguis tangan Hijrah sebagai isyarat supaya mereka cepat-cepat dapat angkat kaki dari situ.
“Ya ukhti! Lain kali jalan tu pastikan dulu jalan mana antuma melangkah. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,”tegur Syazwan sebelum berlalu pergi dari lokasi ‘kemalangan’ tadi sambil menggelengkan kepala. Kecewa mungkin apabila dilanggar muslimah di jalan muslimin.
Raut wajah Haura semakin merah. Tebal merah di pipi seakan-akan dia memakai pemerah pipi. Hijrah menarik tangan Haura agar dia berjalan dengan lebih laju sedikit. Waktu rehat hanya tinggal 10 minit lagi.
Sampainya di masjid,Haura dan Hijrah berdecit dan menggeleng-gelengkan kepala menandakan mereka tidak suka dan tidak selesa dengan keadaan dan suasana di masjid ketika ini. Senario masjid yang sepatutnya aman,tenang dan damai itu dicemari dengan suara muslimat yang sedang bicarakan perihal duniawi,mengilai-ngilai,telekung ditinggalkan merata tanpa berlipat malah ada yang berbaring santai sambil menikmati nikmat sejuk pendingin hawa. Sungguh tidak menghormati adab masjid!

Selepas seketika berperang dengan perasaan kecewa dan sakit hati melihat suasana masjid ketika itu,mereka bergerak ke tempat mengambil wuduk. Mewah sungguh sekolah mereka. Tempat mengambil wuduk pun disediakan pendingin hawa. Cermin muka diletak di setiap sudut tempat berwuduk itu. Mereka berwuduk dengan melaksanakan setiap rukun dengan sempurna dan tawadhok. Selesai berwuduk,mereka menunaikan solat sunat Dhuha dua rakaat. Selepas itu,mereka segera ke Makmal Kimia 2. Mereka yakin seratus peratus Cikgu Salleh sudah menunggu di makmal.
Berdiri di pintu makmal,mereka menatap muka jam mereka tanpa berkelip.
“Habislah..dah tujuh minit lewat..,”bisik Haura dalam hati kecilnya.
Belum sempat Haura dan Hijrah mengetuk pintu makmal,Cikgu Salleh mendekati mereka berdua. Rotan sudah sedia di tangan kanan Cikgu Salleh. Wajahnya tak perlu dicerita,seolah-olah rupa marahnya Saidina Umar apabila mendengar bacaan Al-Quran daripada adindanya sebelum memeluk Islam.
“Antuma berdua dari mana,hah?Cuba tengok jam sekarang pukul berapa. Antuma tahu tak Islam sangat pentingkan masa. Allah sendiri bersumpah demi masa dalam Surah Al-Asr,”
Haura dan Hijrah hanya menundukkan wajah mereka tanda bersetuju dengan butir bicara Cikgu Salleh. Mereka hanya berserah dengan segala denda yang akan dikenakan Cikgu Salleh.
Cikgu Salleh mengangkat rotannya. Haura dan Hijrah hanya menayangkan wajah berserah.
“Saya mahu kamu berdua berdiri di luar makmal ini sehingga habis waktu pengajaran saya. Jangan jejakkan kaki kamu dalam makmal saya sepanjang Proses Pengajaran dan Pembelajaran saya hari ni!” teriak Cikgu Salleh semasa memberi denda.
Gaya bahasa dan kosa kata Cikgu Salleh berubah. Daripada gaya menyindir kepada gaya memarahi. Daripada kosa kata sopan seperti ana-antuma berubah kepada saya-kamu. Biarpun begitu,dia berikan Haura dan Hijrah 2 helai niqab hitam. Cikgu Salleh mendenda mereka bukanlah kerana benci ataupun untuk memberi aib kepada mereka tetapi hanyalah untuk membuatkan mereka lebih peka dan hargai masa. Bagi Cikgu Salleh,setiap saat itu tidak mampu diganti kembali dan dia tidak mahu pelajanya mensia-siakan masa walaupun 1 saat.
Haura dan Hijrah memakai niqab hitam itu dengan kemas dan berdiri dengan tegak di tepi pintu makmal itu sepertimana arahan Cikgu Salleh. Mereka hanya menurut arahan guru mereka tanpa sebarang butir rungutan kerana mereka sedar keberkatan ilmu terletak pada guru mereka. Andai mereka menyenangi hati cikgu mereka,maka ilmu yang dikongsi oleh guru mereka lebih berkat. Buku nota kecil dikeluarkan bersama pen untuk mencatat nota ringkas tentang apa yang diajar Cikgu Salleh.


Di makmal Biologi,Syazwan meminta diri untuk keluar ke tandas daripada guru Biologinya,Cikgu Radziah. Setelah diberi izin,Syazwan berjalan ke tandas dengan menggunakan ‘Konsep 2 langkah 1 saat’. Fuhh! Laju Syazwan berjalan kerana kalau boleh,dia tidak mahu ketinggalan pelajaran walaupun hanya 1 minit. Dalam kekalutan Syazwan berjalan,tiba-tiba,dia terperasan sepasang mata yang sangat cantik. Kilauan mata itu bagai kilauan permata. Sinarannya bagai sinaran mentari. Redupnya bagai redup pepohonan rendang. Mata itu……
“Astaghfirullahalazim!Astaghfirullah!” Syazwan beristighfar panjang. Ditundukkan pandangannya agar dia dapat memadamkan gelora nafsu yang sedang bergejolak.
Syazwan berlari untuk sampai ke tandas. Air di sinki dibuka deras. Dibasuh mukanya agar melupakan debaran rasa akibat penangan mata itu. Dia membatalkan hasrat untuk ‘melaburkan’ apa yang ingin ‘dilabur’ sebentar tadi.Untuk kembali ke makmal Biologi,Syazwan mengambil jalan lain memandangkan dia takut dia akan sekali lagi tertarik melihat lirikan sepasang mata itu. Sungguh mendamaikan. Sesampainya di makmal Biologi,Syazwan berperang dengan perasaan sendiri. Dia terlalu terpikat dengan sepasang mata itu. Dia tidak habis-habis memuji,mengagumi ciptaan Allah yang Maha Mencipta dan Maha Agong. Tanpa dia sedar,dia sudah merindui mata indah itu…Dia tidak mampu fokus dalam pelajaran Biologinya. Sungguh! Hebat sungguh penangan mata muslimah itu sehinggakan imam yang dikagumi di sekolah aliran agama itu pun tertunduk dan merindui sepasang mata itu….

~penahaura
Posted by Unknown at 7:32:00 PM
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2015 (3)
    • ▼  March (2)
      • Niqabkan Jiwa Sebelum Niqabkan Muka
      • Kalau ingin,belajarlah
    • ►  January (1)
      • Cerpen:Sepasang mata itu.. PART 1
  • ►  2013 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  March (5)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (11)

Para Sahabatku






Hafiz Hamidun - Cerita Hati

Coretan Seorang Perindu. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved HikayatPencoretWarkah.blogspot.com