Kring!Kring!Kring! Deringan loceng rehat bergema. Pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima berlari-lari menuju ke kantin demi mengisi kekosongan perut yang sudah memainkan rentak rock. Rehat yang berdurasi 20 minit itu perlu dimanfaatkan para pelajar agar tidak terbuang sia-sia. Bagi Haura dan sahabat baiknya,Hijrah,waktu rehat akan diisi dengan menikmati santapan rohani. Mereka berdua akan ke masjid sekolah untuk mendirikan solat sunat Dhuha. Jika bendera merah,mereka akan membaca Al-Ma’thurat dan mengadakan halaqah.berkongsi ilmu agama.
Pada hari itu,mereka agak terkejar-kejar memandangkan selepas ini waktu subjek yang paling digeruni oleh mereka iaitu subjek Kimia. Digeruni bukan kerana susahnya subjek itu tetapi kerana gurunya yang macam harimau garangnya. Pantang pelajar lewat 5 minit,dia akan halau dari kelasnya. Ya,itulah Cikgu Salleh.
Semasa Haura dan Hijrah berlari-lari anak,mereka tersalah pilih jalan apabila mereka tersalah berjalan di jalan khusus buat muslimin. Tiba-tiba Haura terlanggar satu susuk tubuh yang tegap. Hati Haura berdegup kencang. Lututnya terasa longgar. Bagai tercabut segala ‘skru’ di lututnya. Pipinya mulai bertukar merah kerana teramat malu. Dia tidak tahu tubuh gerangan siapa yang dia langgar tapi satu hal yang pasti orang itu dalam kalangan MUSLIMIN!!
“Aasif jiddan,ya akhi..Ana..Ana..nakk..ce..pat..,” suara Haura terketar-ketar lantaran terlalu takut.
“La ba’sa ya ukhti. Aasif aidhon. Ana pun cuai tadi,” jawab si teruna.
Haura dapat menangkap suara yang amat dicam itu. Akhi Syazwan! ‘Amir’ kat sekolahnya. Senang cerita,ketua pelajar. Ataupun pelajar lain suka gelar ‘Amir Syazwan’,di mana Amir itu merujuk kepada ketua. Haura hanya menunduk dan menguis-nguis tangan Hijrah sebagai isyarat supaya mereka cepat-cepat dapat angkat kaki dari situ.
“Ya ukhti! Lain kali jalan tu pastikan dulu jalan mana antuma melangkah. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,”tegur Syazwan sebelum berlalu pergi dari lokasi ‘kemalangan’ tadi sambil menggelengkan kepala. Kecewa mungkin apabila dilanggar muslimah di jalan muslimin.
Raut wajah Haura semakin merah. Tebal merah di pipi seakan-akan dia memakai pemerah pipi. Hijrah menarik tangan Haura agar dia berjalan dengan lebih laju sedikit. Waktu rehat hanya tinggal 10 minit lagi.
Sampainya di masjid,Haura dan Hijrah berdecit dan menggeleng-gelengkan kepala menandakan mereka tidak suka dan tidak selesa dengan keadaan dan suasana di masjid ketika ini. Senario masjid yang sepatutnya aman,tenang dan damai itu dicemari dengan suara muslimat yang sedang bicarakan perihal duniawi,mengilai-ngilai,telekung ditinggalkan merata tanpa berlipat malah ada yang berbaring santai sambil menikmati nikmat sejuk pendingin hawa. Sungguh tidak menghormati adab masjid!
Selepas seketika berperang dengan perasaan kecewa dan sakit hati melihat suasana masjid ketika itu,mereka bergerak ke tempat mengambil wuduk. Mewah sungguh sekolah mereka. Tempat mengambil wuduk pun disediakan pendingin hawa. Cermin muka diletak di setiap sudut tempat berwuduk itu. Mereka berwuduk dengan melaksanakan setiap rukun dengan sempurna dan tawadhok. Selesai berwuduk,mereka menunaikan solat sunat Dhuha dua rakaat. Selepas itu,mereka segera ke Makmal Kimia 2. Mereka yakin seratus peratus Cikgu Salleh sudah menunggu di makmal.
Berdiri di pintu makmal,mereka menatap muka jam mereka tanpa berkelip.
“Habislah..dah tujuh minit lewat..,”bisik Haura dalam hati kecilnya.
Belum sempat Haura dan Hijrah mengetuk pintu makmal,Cikgu Salleh mendekati mereka berdua. Rotan sudah sedia di tangan kanan Cikgu Salleh. Wajahnya tak perlu dicerita,seolah-olah rupa marahnya Saidina Umar apabila mendengar bacaan Al-Quran daripada adindanya sebelum memeluk Islam.
“Antuma berdua dari mana,hah?Cuba tengok jam sekarang pukul berapa. Antuma tahu tak Islam sangat pentingkan masa. Allah sendiri bersumpah demi masa dalam Surah Al-Asr,”
Haura dan Hijrah hanya menundukkan wajah mereka tanda bersetuju dengan butir bicara Cikgu Salleh. Mereka hanya berserah dengan segala denda yang akan dikenakan Cikgu Salleh.
Cikgu Salleh mengangkat rotannya. Haura dan Hijrah hanya menayangkan wajah berserah.
“Saya mahu kamu berdua berdiri di luar makmal ini sehingga habis waktu pengajaran saya. Jangan jejakkan kaki kamu dalam makmal saya sepanjang Proses Pengajaran dan Pembelajaran saya hari ni!” teriak Cikgu Salleh semasa memberi denda.
Gaya bahasa dan kosa kata Cikgu Salleh berubah. Daripada gaya menyindir kepada gaya memarahi. Daripada kosa kata sopan seperti ana-antuma berubah kepada saya-kamu. Biarpun begitu,dia berikan Haura dan Hijrah 2 helai niqab hitam. Cikgu Salleh mendenda mereka bukanlah kerana benci ataupun untuk memberi aib kepada mereka tetapi hanyalah untuk membuatkan mereka lebih peka dan hargai masa. Bagi Cikgu Salleh,setiap saat itu tidak mampu diganti kembali dan dia tidak mahu pelajanya mensia-siakan masa walaupun 1 saat.
Haura dan Hijrah memakai niqab hitam itu dengan kemas dan berdiri dengan tegak di tepi pintu makmal itu sepertimana arahan Cikgu Salleh. Mereka hanya menurut arahan guru mereka tanpa sebarang butir rungutan kerana mereka sedar keberkatan ilmu terletak pada guru mereka. Andai mereka menyenangi hati cikgu mereka,maka ilmu yang dikongsi oleh guru mereka lebih berkat. Buku nota kecil dikeluarkan bersama pen untuk mencatat nota ringkas tentang apa yang diajar Cikgu Salleh.
Di makmal Biologi,Syazwan meminta diri untuk keluar ke tandas daripada guru Biologinya,Cikgu Radziah. Setelah diberi izin,Syazwan berjalan ke tandas dengan menggunakan ‘Konsep 2 langkah 1 saat’. Fuhh! Laju Syazwan berjalan kerana kalau boleh,dia tidak mahu ketinggalan pelajaran walaupun hanya 1 minit. Dalam kekalutan Syazwan berjalan,tiba-tiba,dia terperasan sepasang mata yang sangat cantik. Kilauan mata itu bagai kilauan permata. Sinarannya bagai sinaran mentari. Redupnya bagai redup pepohonan rendang. Mata itu……
“Astaghfirullahalazim!Astaghfirullah!” Syazwan beristighfar panjang. Ditundukkan pandangannya agar dia dapat memadamkan gelora nafsu yang sedang bergejolak.
Syazwan berlari untuk sampai ke tandas. Air di sinki dibuka deras. Dibasuh mukanya agar melupakan debaran rasa akibat penangan mata itu. Dia membatalkan hasrat untuk ‘melaburkan’ apa yang ingin ‘dilabur’ sebentar tadi.Untuk kembali ke makmal Biologi,Syazwan mengambil jalan lain memandangkan dia takut dia akan sekali lagi tertarik melihat lirikan sepasang mata itu. Sungguh mendamaikan. Sesampainya di makmal Biologi,Syazwan berperang dengan perasaan sendiri. Dia terlalu terpikat dengan sepasang mata itu. Dia tidak habis-habis memuji,mengagumi ciptaan Allah yang Maha Mencipta dan Maha Agong. Tanpa dia sedar,dia sudah merindui mata indah itu…Dia tidak mampu fokus dalam pelajaran Biologinya. Sungguh! Hebat sungguh penangan mata muslimah itu sehinggakan imam yang dikagumi di sekolah aliran agama itu pun tertunduk dan merindui sepasang mata itu….
~penahaura