Bukan hanya hari untuk meratapi kesedihan,
Bukan hanya hari untuk alirkan air mata,
Bukan hanya hari untuk meratapi yang telah pergi,
Bukan hanya hari untuk menikmati juadah yang tersedia,
Bukan hanya hari untuk mengumpul duit raya..
Hari itu lebih besar maknanya
Hari itu
Ialah satu hari kemenangan,
Ialah satu hari kebebasan,
Ialah satu hari limpahan rahmat,
Ialah satu hari kemaafan,
Ialah satu hari untuk eratkan tautan ukhuwwah dan kekeluargaan
Maka tempuhinya dengan kawalan
Maka tempuhinya
Bukan dengan nafsu makan untuk Qada' yang dikawal sebulan,
Bukan dengan pembaziran
Bukan dengan kebanggaan dan kemegahan..
Tetapi tempuhinya
Dengan iman yang sarat yang di'top up' pada Ramadhan
Dengan pujian demi mengagungkan Allah
Dengan doa' agar Ramadhan akan datang masih milik kita..
InsyaAllah..
~ratnacinta~
No comments:
Post a Comment