Doakan aku redha,
Melepaskan dia pergi,
Walau hanya untuk memenuhi janjiku bersama keluarga,
Aku menginginkan hatiku rela,
Kerana ia demi kebaikan bersama..
Antara janji dan hati,
Ku sedar janji harus ku utamakan,
Ia demi keberkatan hidupku,
Walau hatiku mungkin hiba dan kecewa,
Tetapi aku harus sabar dan tabah..
Wahai diri,
Bangkitlah dari mainan mimpimu,
Dunia luar masih menunggu untuk dikunjungimu,
Sedarlah,
Dirinya bukan untukmu,
Tetapi itu bukan titik noktah bagimu,
Ia titik mula bagimu untuk hadapi dunia,
Penuh liku dan pancaroba..
salam taaruf.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..,salam taaruf bersambut dan terikat kemas dengan tali ukhwah islamiah..InsyaAllah..
Delete