Monday, December 3, 2012

Aku Mahukan..

Aku mahukan seorang Muhammad
yang mampu membimbing aku menjadi Khadijah
iaitu wanita yang taat kepada ibunya
iaitu wanita yang menerima Islam dengan sepenuh jiwa
tanpa banyak soal bicara
iaitu wanita yang tabah menyokong suaminya
iaitu wanita yang bisa menenangkan suaminya 
setiap kali suaminya memandang wajahnya

Aku mahukan seorang Adam
yang menjadi Bapa kepada seluruh manusia
yang setia susah senang bersama Hawa
yang sabar dengan kerenah putera dan puterinya
yang menjadi Bapa yang adil 
Dan menjadikan Allah sebagai perantara 
dalam menentukan keputusan
yang sentiasa bersujud memohon ampun kepada Illahi 
tanpa rasa jemu

Aku mahukan seorang Ali 
yang menjadi kerinduan Syurga Abadi
yang menjadi penghulu Syabab di dunia ini
Dan InsyaAllah di syurga hakiki
yang tabah bersama Fatimah
biarpun tidak sekaya yang lain
dia masih mampu melayar bahtera perkahwinannya
ke jalan kebahagiaan dan kerukunan

Aku mahukan seorang Ibrahim
yang berjaya menjadi suami dan ayah
sehinggakan sanggup anaknya disembelih
semata-mata mengikut wahyu Illahi
puteranya rela tanpa banyak dolak dalihnya
kerana sudah cukup Iman dilabur ayahandanya
sejak kecil hingga dewasa 

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved HikayatPencoretWarkah.blogspot.com