Aku sering alpa
Dalam melalui ranjau kehidupan
Dalam mengejar kejayaan
Dalam mencari kebahagiaan
Dalam menanti pasangan
Aku sering gairah
Dalam mencari cinta
Dalam meniti rindu
Dalam menyulam kasih
Dalam menggapai sayang
Aku sering leka
Dalam mencari pengetahuan
Dalam menjauhi kegagalan
Dalam menyemarakkan kemarahan
Dalam melempar kebencian
Kerana kealpaanku
Kerana keghairahanku
Kerana kealpanku
Aku hampir menjadi bongkak
Aku hampir terfikir aku ialah sempurna
Aku hampir terpesong daripada landasan sebenar
Aku hampir terbuai dengan kemewahan dunia
Aku hampir terjembak ke dalam lembah kehinaan
Ya Allah,dengan rendah hati hambaMu ini berdoa
Ya Allah dengan kosong hati hambaMu ini bermunajat
Semoga kealpaanku
Semoga keghairahanku
Semoga kelekaanku
Lenyap seperti berlarinya masa
Lenyap seperti perginya waktu
Lenyap seperti terciptanya kenangan
Amin,Ya Rabbal A'Lamin
pandainya buat puisi..
ReplyDeleteAlhamdulillah..Biasa-biasa je lah.And I have to make more positive improvement to improve my skills.Pray for me..
Delete