-->

Coretan Perindu

Monday, December 10, 2012

Pilihlah untuk tersenyum


Kadangkala
kita menangisi sebuah kehilangan
seolah-olah kita tidak lagi punyai apa-apa
tapi benarkah kita telah hilang segalanya?

Seringkali
kita meratapi sebuah kedukaan
seakan-akan kita tidak pernah mengecap bahagia
tapi benarkah hidup kita hanya ada derita?

Yang pergi, biarkan pergi.
Yang hilang, pastikan berganti.

Jangan berlebihan menangisi.
Usah terlalu meratapi.

Lihat pada dirimu
pandang pada sekelilingmu
masih ada banyak sebab untukmu tersenyum
sedangkan mungkin hanya ada satu alasan untukmu menangis.

Lalu pilihlah untuk tersenyum pada hari ini.
Kerana semalam tidak dapat kembali lagi.
Namun hari ini ada harapan masih menyinari.
Posted by Unknown at 12:35:00 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2015 (3)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  March (5)
  • ▼  2012 (11)
    • ▼  December (11)
      • Hanya Seorang Insan
      • Aku Terlupa Aku Takkan Sempurna
      • He loves the way she is
      • Indahhnya ukhuwwah ini
      • Pilihlah untuk tersenyum
      • Ambillah Masa Itu
      • Jika Hari Ini..
      • Aku Mahukan.. Bahagian 2
      • Pabila Aku Mengelamun..
      • Kisah di sebalik "seseorang"
      • Aku Mahukan..

Para Sahabatku






Hafiz Hamidun - Cerita Hati

Coretan Seorang Perindu. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved HikayatPencoretWarkah.blogspot.com